Khamis, 22 September 2016 | 5:01pm
DETIK ketika murid SK Teluk Medan, di Bagan Serai, Perak dirempuh lori semalam.

Lagi murid dilanggar depan sekolah


KEADAAN sebuah kereta Proton Preve yang melanggar mangsa murid tahun satu di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pegoh, Alor Gajah. - Foto Ihsan Pembaca

ALOR GAJAH: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Pegoh di sini, cedera parah selepas dilanggar sebuah kereta di hadapan sekolahnya di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa Hani Harizah Hafizal, 7, cedera di kepala serta patah tangan kiri dan kini dirawat di Hospital Melaka di sini.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dikatakan secara tiba-tiba berlari memasuki ke laluan jalan raya, sebelum dirempuh sebuah kereta Proton Preve dipandu seorang wanita berusia 52 tahun yang dalam perjalanan dari pekan Alor Gajah ke Kampung Pegoh.

Bagaimanapun, pemandu wanita berkenaan tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berita Harian X