Ahad, 25 September 2016 | 4:53pm

Nora suka tengok budak lelaki comel sebelum tidur


PELAKON, Nora Danish. - Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Ketika dirinya masih berahsia mengenai perancangan perkahwinannya bersama si buah hati, pelakon Nora Danish tidak menafikan beliau memang suka melihat kanak-kanak comel sebelum tidur.

Justeru, apakah pendedahannya itu bagai membayangkan pelakon cantik ini sebenarnya sudah semakin hampir menamatkan zaman jandanya bersama kekasih, Nedim Nazri?

Sebelum ini, pelakon drama Puteri itu menyatakan, dirinya sudah bersedia untuk menaiki pelamin buat kali kedua dan perkahwinan mereka dikatakan dirancang pada tahun ini juga.

Malam tadi, ibu kepada Putra Rayqal itu memuat naik gambar anak kesayangan Yasmin Hani dan Shahrin, Noah Ismail Wong, yang akan genap tiga tahun November depan.

Seperti sesetengah pasangan selebriti lain, Yasmin dan suami turut mewujudkan akaun Instagram buat anak mereka.

"Jadi, saya nak luahkan perasaan geram tak terkata terhadap budak comel bernama Noah ini. Kenapa? Kenapa kamu ini menawan sangat? Saya tak boleh tahan dengan kecomelan kamu. Dia sangat istimewa. Lihat saja rambutnya.

"Kalaulah suatu hari nanti ada peluang berjumpanya, memang sah kamu akan kena gomol dengan saya. Noah, kamu memang pujaan hati saya," tulis Nora di laman Instagramnya sekitar 12 jam lalu.

Yasmin pula yang kini hamil anak kedua menyedari tindakan Nora memuat naik gambar anak lelakinya itu turut membalas: "Masya-Allah, terima kasih. Kamu ini comellah Nora. Boleh saja nak jumpa Noah. Dekat pun lokasi kita masing-masing. Boleh ajak Raykal sekali jumpa Noah?"

97 dibaca
Berita Harian X