Selasa, 27 September 2016 | 8:21am

EPL: Hendrick bantu Burnley benam Watford

PEMAIN Watford, Miguel Britos (kiri) bersaing dengan pemain Burnley, Jeff Hendrick di Turf Moor, awal pagi tadi. - Foto Reuters

BURNLEY, United Kingdom: Pemain yang mencatatkan rekod perpindahan tertinggi, Jeff Hendrick menjaringkan gol pertamanya bagi Burnley apabila kelab itu menewaskan Watford 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Turf Moor, awal pagi tadi.

Pemain tengah Ireland, Hendrick yang dibeli daripada kelab divisyen kedua, Derby County pada bulan lalu dengan rekod yang dilaporkan 10 juta pound (RM53.67 juta) untuk kontrak tiga tahun.

Pemain berumur 24 tahun itu menjaringkan gol pada minit ke-38 apabila menanduk masuk sepakan sudut Steven Defour dan pemain Belgium itu membantu gol kedua bagi Michael Keane menjaringkan gol kedua pada lima minit selepas masa rehat.

Burnley mencatatkan kemenangan kedua pada musim ini selepas memasuki liga itu dengan kemenangan pertama mengejutkan Liverpool.

"Saya rasakan pemain beraksi cemerlang malam ini dan berhak memenanginya," kata pengurus Burnley, Sean Dyche kepada Sky Sports.

"Jika anda mengekalkan rekod bersih, anda akan mempunyai peluang dalam permainan. Kami melakukan dengan baik pada sebelum ini," katanya.

"Kami tidak menjaringkan banyak gol tetapi jika anda melihat pada gol yang kami jaringkan ia adalah cukup baik bagi pasukan yang baru saja naik dan bakal berdepan dengan cabaran besar.

"Kami tahu kami perlu menjadi produktif pada bahagian depan padang dan ia adalah cabaran terbesar kami.

"Tetapi kami mempunyai permulaan yang sangat kukuh musim ini."

Kecewa dengan kekalahan itu, kapten Watford Troy Deeney berkata, pasukannya 'dibuli'.

"Saya perlu berhati-hati dalam penggunaan perkataan supaya saya tidak berdepan dengan masalah," katanya.

"Kami dibuli, ia adalah yang terbaik untuk menggambarkannya. Kami dibuli di keseluruhan padang kepada seorang lelaki." - AFP

Berita Harian X