Rabu, 28 September 2016 | 9:29pm

Agong, Permaisuri cemar duli hadiri Konsert Menjunjung Kasih MSU

Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (kanan dan Presiden MSU, Prof. Tan Sri Mohd Shukri Ab Yajid (tengah) hadir pada majlis Santapan Malam Canselor MSU Konvokesyen ke-19 da Tamatnya Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Dewan Canselor Management & Science University (MSU), Shah Alam. - Foto Rosdan Wahid

SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mencemar duli menghadiri Konsert Menjunjung Kasih bersempena Majlis Santapan Malam Canselor Management & Science University (MSU) dan Tamat Tempoh Pemerintahan baginda, di sini, malam ini.

Turut berangkat ke majlis santapan malam berkenaan, Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah, yang juga Canselor MSU.

Kedua-dua pasangan di-Raja diiringi Pro-Canselor MSU, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin; Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Naib Canselornya, Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid.

Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (dua kanan) bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (kanan), Pro Canselor MSU, Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (dua kiri) dan Presiden MSU, Prof. Tan Sri Mohd Shukri Ab Yajid (tiga kiri) hadir pada majlis Santapan Malam Canselor MSU Konvokesyen ke-19 da Tamatnya Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Dewan Canselor Management & Science University (MSU), Shah Alam. - Foto Rosdan Wahid

Konsert Menjunjung Kasih dan Majlis Santapan Malam Canselor MSU itu diadakan bersempena Majlis Konvokesyen MSU ke-19, yang berlangsung pada 30 dan 31 Julai lalu. 

Kira-kira 500 tetamu, termasuk pengurusan kanan MSU dan MSU College, pegawai kanan Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) selain kakitangan, alumni serta penuntut, dihiburkan dengan persembahan muzik oleh kumpulan koir dan Orkestra MSU.

Istiadat Konvokesyen MSU kali ini menyaksikan seramai 1,719 graduannya daripada 71 program menerima Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Berita Harian X