Khamis, 29 September 2016 | 12:08am
Pengacara Fara Fauzana pada majlis pelancaran A Tile for Seville Spain. - Foto Rohanis Shukri
Pengacara Fara Fauzana pada majlis pelancaran A Tile for Seville Spain. - Foto Rohanis Shukri
Reaksi Fara Fauzana (tengah) dan Faizal Ismail (kiri) ketika di temuramah wartawan BH ketika mereka menjadi tetamu jemputan pada PHD di Kool FM yang dikendalikan oleh AG sebagai reunion mereka selepas lama meninggalkan bidang sebagai Dj radio. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
Reaksi Fara Fauzana (tengah) dan Faizal Ismail (kiri) ketika di temuramah wartawan BH ketika mereka menjadi tetamu jemputan pada PHD di Kool FM yang dikendalikan oleh AG sebagai reunion mereka selepas lama meninggalkan bidang sebagai Dj radio. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Fara akui bersedih rancangan kahwin batal


MELIHAT visual Fara Fauzana diserbu media untuk mendapatkan kenyataannya berhubung isu pembatalan majlis perkahwinannya, beberapa minggu lalu, seperkara yang dapat dilihat adalah sikapnya yang tenang tatkala berdepan dengan situasi sedemikian.

Setiap soalan yang dilontarkan kepadanya, semuanya dijawab dengan penuh berdiplomasi walaupun ada di antaranya bersifat provokasi.

Barangkali latar belakang pendidikannya sebagai graduan Komunikasi Massa dalam bidang Perhubungan Awam dan pengamal media membuatkan sesi soal jawab itu menjadi mudah, walaupun ada soalan yang diajukan terbiar tanpa sebarang jawapan pasti.

Berikutan sikap tenang yang ditunjukkannya itu, ramai yang tertanya-tanya, adakah bekas penyandang gelaran Penyampai Radio Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH sebanyak lapan kali ini mempunyai hati sekeras kerikil?

Sebagai wanita, tidakkah ada sekelumit perasaan sedih dalam hatinya tatkala berdepan keadaan yang mencabar seperti itu?

SUSULAN pembatalan perkahwinan yang dirancang pada 17 September lalu, fokus Fara Fauzana kini terarah kepada kerja dan rakan-rakan. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
SUSULAN pembatalan perkahwinan yang dirancang pada 17 September lalu, fokus Fara Fauzana kini terarah kepada kerja dan rakan-rakan. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Bertemu Fara pagi Selasa lalu ketika dirinya dan seorang lagi bekas penyampai Hot FM, Faizal Ismail, diundang mengendalikan segmen Pagi Hari di Kool FM, BH cuba mendasari hati wanitanya selepas hasrat untuk mendirikan mahligai bahagia dengan seorang jejaka bernama Hafiz tidak kesampaian.

Walaupun cuba untuk mengelak daripada menjelaskan insiden itu secara terperinci, namun Fara tidak menolak untuk berkongsi rasa dan perasaannya pada masa berkenaan.

Menurut pengacara program Muzik-Muzik ini, sebagai manusia biasa, sudah tentu dirinya juga bersedih dengan apa yang berlaku. Cuma sedaya mungkin, dia cuba untuk tidak terus larut dalam perasaan sebegitu.

"Saya cuma nak orang tahu, adalah sesuatu yang normal untuk kita berasa sedih. Kalau tiada rasa sedih, maknanya kita bukan seorang manusia ataupun seseorang yang tidak ada hati perut. Namun begitu, saya cuba untuk mengatasi perasaan itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Saya juga masih seperti dulu kerana tidak boleh berterusan hidup dalam keadaan negatif. Tetapi pada masa sama saya tak mahu terlalu menunjukkan diri ini gembira dan bahagia kerana nanti dianggap tidak realistik pula," ujar wanita berusia 36 tahun ini.

Reaksi Fara Fauzana (kiri) dan Faizal Ismail sebagai tetamu jemputan pada PHD di Kool FM yang dikendalikan oleh AG sebagai reunion mereka selepas lama meninggalkan bidang sebagai Dj radio. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
Reaksi Fara Fauzana (kiri) dan Faizal Ismail sebagai tetamu jemputan pada PHD di Kool FM yang dikendalikan oleh AG sebagai reunion mereka selepas lama meninggalkan bidang sebagai Dj radio. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Disebabkan sikapnya yang terlalu positif itu membuatkan ramai yang mengagumi dirinya dan menjadikan sikap nekad ditunjukkan oleh Fara sebagai contoh. Fara bagaimanapun nyata kurang selesa dengan tanggapan sedemikian.

"Keputusan yang saya buat itu bukanlah kerana kerana mahu menunjukkan contoh yang baik kepada sesiapa. Cuma, saya nak beritahu, tidak salah untuk kita membuat keputusan yang boleh menggembirakan kita serta untuk masa depan yang lebih bermakna. Saya sedar, ramai yang melihat apa yang berlaku.

"Diakui insiden ini sesuatu yang amat besar pernah berlaku dalam hidup saya. Begitupun, ia tidak bermakna saya kena berpura-pura. Tak salah jika saya tunjukkan yang kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan, lupakan apa yang berlaku dan teruskan kehidupan seperti biasa," katanya lagi.

Tambah Fara lagi, dirinya bersyukur kerana mempunyai ramai teman yang berada di belakangnya ketika berdepan saat-saat sukar seperti itu.

"Mereka menyokong saya tanpa menghakimi sama ada keputusan yang dibuat itu betul atau tidak. Malah, mereka tidak menyalahkan sesiapapun dalam hal ini. Yang penting, masing-masing perlu ada di saat saya memerlukan mereka," ujar bekas pengacara program Melodi dan Nona ini.

FARA Fauzana mahu punca pembatalan majlis perkahwinannya yang dijadualkan 17 September lalu, kekal sebagai rahsia peribadinya. Foto Nurul Syazana Rose Razman
FARA Fauzana mahu punca pembatalan majlis perkahwinannya yang dijadualkan 17 September lalu, kekal sebagai rahsia peribadinya. Foto Nurul Syazana Rose Razman

Apabila hasrat mendirikan rumah tangga tidak kesampaian, tentu ramai yang ingin tahu adakah Fara sudah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki selepas ini?

Ketika diajukan pertanyaan itu kepadanya, Fara tergelak besar dan dengan pantas mengatakan fokusnya kini lebih kepada kerja dan juga meluangkan masa berharga bersama kawan-kawan.

Memandangkan dirinya kini sudah tidak mempunyai komitmen dari segi peribadi, adakah ia bermakna Fara akan kembali mewarnai dunia radio yang ditinggalkannya, Februari lalu?

"Untuk pengetahuan semua, saya berhenti daripada menjadi penyampai radio bukanlah kerana mahu berkahwin, tetapi saya berbuat demikian kerana diri saya sendiri.

"Saya mahu belajar untuk memperbaiki diri seperti belajar agama. Masa adalah sangat terhad. Namun begitu, saya tak nafikan, apa yang berlaku memang ada hikmahnya.

"Kerjaya saya meningkat dua kali ganda daripada perancangan asal dan perkembangan itu sangat menggembirakan," tuturnya.

Berita Harian X