Khamis, 29 September 2016 | 1:28pm

UM nafi beri PhD Kehormat kepada Azizan Osman

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) tidak pernah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan (PhD) kepada mana-mana individu bernama Azizan Osman.

Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Kehormat UM dalam kenyataannya, berkata kekeliruan timbul apabila isu berkenaan dibangkitkan di laman media sosial.

"Semakan universiti mendapati tiada individu dengan nama sedemikian, menerima ijazah kehormat berkaitan keusahawanan," kata kenyataan itu.

Penjelasan itu dikeluarkan susulan dakwaan seorang penceramah motivasi terkenal, memaparkan kelayakan kelulusan PhD Kehormat yang didakwa diterima daripada UM, hingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen dan orang ramai.

Berita Harian X