Jumaat, 30 September 2016 | 10:46am

Saham KL agak tinggi pada pembukaan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi hari ini disokong belian sederhana khususnya dalam saham mewah seperti Public Bank, Maybank dan IHH.

Pada jam 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.50 mata kepada 1,669.69 berbanding 1,669.64 semalam, selepas dibuka 2.41 mata lebih rendah kepada 1,667.23 pagi ini.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 150 berbanding 115 sementara 188 kaunter tidak berubah, 1,251 tidak didagangkan dan 61 lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 194.82 juta saham bernilai RM67.96 juta.

Dalam kalangan saham mewah, TNB tidak berubah pada paras RM14.36, Public Bank naik 12 sen kepada RM20.00, Maybank meningkat satu sen kepada RM7.63 dan Petronas Chemicals tidak berubah pada paras RM6.69.

Bagi kaunter aktif, Hiap Teck jatuh 3.5 sen kepada 32 sen, Lion Corp susut dua sen kepada 1.5 sen sementara Sumatec dan SKH Consortium tidak berubah masing-masing pada paras 8.5 sen dan tujuh sen.

Indeks FBM Emas jatuh 3.26 mata kepada 11,806.70, Indeks FBMT 100 3.49 mata lebih rendah kepada 11,505.80 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 9.35 mata kepada 12,447.66.

Indeks FBM 70 jatuh 18.01 mata kepada 13,867.48, Indeks FBM Ace 18.74 mata lebih rendah kepada 5,244.17 dan Indeks Perladangan jatuh 17.74 mata kepada 7,941.15.

Indeks Kewangan meningkat 15.96 mata kepada 14,366.75 tetapi Indeks Perindustrian merosot 4.90 mata kepada 3,135.43. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X