Jumaat, 30 September 2016 | 6:11pm

Guru bebas tuduhan cabul

SEORANG guru Bahasa Malaysia, Muhamad Akhir Bakar, 51, (kanan) bersama peguamnya, Zuhair Ahmad Zakuan selepas dibebaskan daripada pertuduhan mencabul seorang murid Sekolah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar pada 31 Mac tahun lalu. - Foto Aizat Sharif
SEORANG guru Bahasa Malaysia, Muhamad Akhir Bakar, 51, (kanan) bersama peguamnya, Zuhair Ahmad Zakuan selepas dibebaskan daripada pertuduhan mencabul seorang murid Sekolah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar pada 31 Mac tahun lalu. - Foto Aizat Sharif

KANGAR: Seorang guru dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret, di sini, hari ini daripada tuduhan mencabul kehormatan seorang murid perempuan berusia 12 tahun pada Mac lalu.

Majistret Mohd Azhar Hamzah membuat keputusan itu tanpa memanggil tertuduh, Muhamad Akhir Bakar, 51, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Mohd Azhar dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan gagal memanggil saksi penting untuk mengesahkan cerita mangsa, sama ada kejadian cabul benar-benar berlaku, selain wujud percanggahan antara saksi.

Muhammad Akhir didakwa melakukan kesalahan cabul pada jam 12.50 tengah hari di bengkel kemahiran hidup di sebuah sekolah rendah di Jalan Raja Syed Alwi, di sini, pada 31 Mac lalu.

Bagi pertuduhan berkenaan, guru Bahasa Malaysia itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun dengan denda atau sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif, manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan dan Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X