Jumaat, 30 September 2016 | 8:35pm

Bayi Thailand dijangkiti Zika, kes pertama di Asia Tenggara


GAMBAR fail pada 14 September lalu menunjukkan kakitangan kesihatan melakukan semburan asap di sebuah sekolah di Bangkok bagi menangani wabak Zika. - Foto AFP

BANGKOK: Pihak berkuasa kesihatan Thailand percaya virus Zika yang dikesan pada dua bayi di negara itu adalah kes pertama di Asia Tenggara.

Kes yang dikesan itu juga dikatakan mempunyai kaitan antara penyakit dan kecacatan kelahiran.

Pegawai Kementerian Kesihatan, Wihcarn Pawan, berkata dua daripada tiga bayi yang diuji menghidap mikrocephaly disebabkan virus Zika.

Pakar virus Thailand, Praset Thongcharoen, berkata 4.3 bayi bagi setiap 100,000 bayi, dilahirkan dengan mikrocephaly di Thailand, dua kali ganda daripada jumlah purata di seluruh dunia.

Perubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataan minggu ini mengesahkan kes yang dikesan di Thailand adalah yang pertama di Asia Tenggara.

Susulan itu, pihak berkuasa Thailand pasti berusaha untuk mengekalkan jumlah pelancong Thailand yang menyumbang 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), disebabkan pengumuman hari ini. - AFP

Berita Harian X