Selasa, 4 Oktober 2016 | 12:14am
PERINCIAN eksklusif seperti sulaman menampakkan keanggunan pemakai. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
PERINCIAN eksklusif seperti sulaman menampakkan keanggunan pemakai. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
TEKNIK dan gaya klasik moden oleh Nurita Harith. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
TEKNIK dan gaya klasik moden oleh Nurita Harith. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Rekaan Nurita serlahkan gaya klasik dan elegan

KOLEKSI fesyen oleh Nurita Harith pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur di Pavilion, Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
KOLEKSI fesyen oleh Nurita Harith pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur di Pavilion, Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

TERTARIK dengan kecantikan busana membalut bahu digayakan model fesyen, Georgia Hamilton, ketika era 40-an hingga 50-an, pereka, Nurita Harith, mengambil inspirasi itu untuk dijadikan koleksi penuh sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur Sedia Pakai 2016 (KLFWRTW 2016), baru-baru ini.

Nurita berpendapat, busana dipakai Hamilton begitu klasik, justeru, pemegang Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen dari Surrey Institute of Art, London ini mahu merakam gaya itu dengan menggabungkan warna oren supaya sesuai untuk wanita muda yang ingin tampil dengan gaya klasik.

"Pelbagai cabaran dilalui sepanjang menghasilkan rekaan, termasuklah mencuba warna yang belum pernah saya guna. Di samping, menghampiri saat akhir untuk melancarkan koleksi pengantin dan musim perayaan Aidilfitri.

"Saya memilih palet warna seperti mauve (ungu muda), oren dan merah ala wain untuk memberikan sentuhan pemakaian busana waktu petang. Ia lebih menampilkan gaya klasik dan elegan," katanya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen KLFWRTW 2016, baru-baru ini.

Perincian sulaman

Nurita berkata, koleksi kali ini tidak diberikan corak sama sekali, namun perincian eksklusif seperti sulaman menampakkan keanggunan pemakai, hampir sama dengan busana digayakan Hamilton yang pernah menghiasi muka hadapan majalah LIFE pada tahun 1948.

PEREKA, Nurita serlahkan fesyen penampilan gaya sukan dengan sentuhan anggun. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
PEREKA, Nurita serlahkan fesyen penampilan gaya sukan dengan sentuhan anggun. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KOLEKSI fesyen oleh Nurita Harith pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur di Pavilion, Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
KOLEKSI fesyen oleh Nurita Harith pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur di Pavilion, Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KOLEKSI Nurita Harith mempunyai visi tersendiri untuk rekaan koleksi sedia pakai. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
KOLEKSI Nurita Harith mempunyai visi tersendiri untuk rekaan koleksi sedia pakai. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

"Saya meletakkan satu rona warna saja untuk setiap busana supaya pemakai tampak anggun dan eksklusif ketika menghadiri majlis minum petang atau makan malam istimewa bersama rakan-rakan," katanya.

Beliau berkata, penggunaan fabrik sutera memberikan wanita perasaan memakai busana mewah dalam pelbagai acara. Selain, bermain dengan potongan romantik, elegan lagi anggun supaya kekal menawan sepanjang masa.

   

"Rekaan kali ini tidak hanya untuk wanita muda, namun sesuai digayakan semua peringkat umur. Teknik dan gaya klasik moden yang saya perkenalkan ini diharap boleh diterima baik lalu diangkat menjadi aliran dalam dunia fesyen," katanya.

Info: Nurita Harith

  • Diasaskan sejak 2007
  • Mempunyai visi tersendiri untuk rekaan koleksi sedia pakai
  • Sudah menyertai pelbagai pertunjukan fesyen antaranya Singapore Fashion Week

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X