Rabu, 5 Oktober 2016 | 1:19am
MENGGUNAKAN lampu siang LED. - Foto Saddam Yusoff
SPORT rim lima bilah dengan saiz 17 inci. - Foto Saddam Yusoff

A4 model penting Audi

KERETA sedan mewah lebih berkuasa, menyeronokkan. - Foto Saddam Yusoff

PENGENALAN Audi A4, kereta sedan mewah baharu menjadi platform penting kepada Audi Malaysia untuk kekal bersaing dalam segmen mewah di pasaran domestik.

Kereta sedan diimport sepenuhnya (CBU) meniti populariti kenderaan paling laris berbanding model lain di pasaran seluruh dunia sekali gus menjadi penanda aras kepada Audi Malaysia.

Dilancarkan bulan lalu, Audi Malaysia menyasarkan untuk menjual lebih 400 unit setahun bagi model A4.

Pengarah Pemasarannya, Rudi Venter, pengenalan semula A4 membawa mesej lebih bermakna apabila ia ditawarkan dengan saiz lebih besar dalam hampir setiap aspek, selain ringan serta tangkas.

"Ia lebih berkuasa serta menyeronokkan untuk memandu dan juga cekap bahan api, dilengkapi teknologi dan ciri. Namun, pada masa sama mudah digunakan berbanding sebelumnya," katanya pada majlis pelancaran Audi A4 baharu di Petaling Jaya.

RUDI pada majlis pelancaran Audi A4 terbaharu di Subang Jaya. - Foto Saddam Yusoff

Turut hadir, Ketua Pemasaran Produk Audi Malaysia, Izwan Wong dan Ketua Komunikasi Korporatnya, Isaac Lee Mathew.

Audi A4 didatangkan dengan enjin empat silinder 2.0 liter TSFI yang memberi pecutan mengagumkan. Ia ditawarkan dalam 10 warna seperti putih glacier, perak floret dan merah matador, termasuk kelabu daytona dengan kesan warna mutiara untuk kereta pilihan pakej barisan S.

Dua pakej pilihan ditawarkan untuk Audi A4 iaitu Pakej S Line dan Pakej Teknologi yang boleh didapati mulai hari ini di semua pengedar sah Audi bermula pada harga RM248,900, manakala 100 unit pertama ditawarkan pada harga pengenalan istimewa RM239,900 sama seperti model sebelumnya.

Audi Malaysia akan memperkenalkan 1.4 TFSI dan prestasi berorientasikan 2.0 TFSI varian 'quattro' pada Januari 2017.

AUDI A4 didatangkan dengan enjin empat silinder 2.0 liter TSFI yang memberi pecutan mengagumkan. - Foto Saddam Yusoff

AUDI Malaysia menyasarkan untuk menjual lebih 400 unit setahun bagi model A4. - Foto Saddam Yusoff

INFO

Audi A4 2.0 TFSI

  • Harga - RM248,900
  • Sistem Pemanduan - pacuan roda hadapan
  • Transmisi - S tronic
  • Output maksimum hp - 190
  • Tork maksimum Nm - 320
  • 0-100km/j - 7.3 saat
  • Kelajuan maksimum - 240 km/j
  • Penggunaan minyak - 5 liter/100km
  • Pelepasan karbon dioksida - 114g/km
Berita Harian X