Rabu, 5 Oktober 2016 | 5:55pm

Pengusaha parasailing dilarang mendarat di pantai Batu Feringghi

DATUK Bandar MBPP, Datuk Patahiyah Ismail. - Foto Mikail Ong

GEORGETOWN: Pengusaha perkhidmatan parasailing di Batu Feringghi tidak lagi dibenarkan mendaratkan pelanggan di kawasan pantai berikutan faktor keselamatan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Patahiyah Ismail, berkata langkah itu diambil bagi mengatasi kes kemalangan berkaitan aktiviti parasailing yang kerap berlaku di kawasan terbabit.

Katanya, MBPP bersama agensi kerajaan berkaitan dipertanggungjawab menyusun dan memperketat semua aktiviti pantai serta air di kawasan Batu Feringghi mulai 1 Januari 2017.

"Sebanyak 13 kes kemalangan dilapor berlaku sejak awal tahun lalu hingga September lalu membabitkan pelancong tempatan dan asing.

"Berikutan itu, semua pengusaha perkhidmatan parasailing diwajibkan menggunakan bot penunda berpelantar bagi mendaratkan pelanggan mereka," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, pengusaha parasailing mendaratkan pelanggan di kawasan pantai menyebabkan ada pelanggan gagal mengawal payung terjun hingga merempuh pokok dan tiang, menyebabkan kecederaan.

Berita Harian X