Rabu, 26 November 2014 | 9:33pm
KAPTEN skuad Harimau Malaya, Shukor Adan (tengah) berebut bola dengan pemain Thailand, Adison Promrak pada perlawanan kedua kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PEMAIN skuad Harimau Malaya, Safee Sali (kanan) mengasak pemain Thailand, Sarach Yooyen pada perlawanan kedua kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PEMAIN Thailand, Adison Promrak (kiri) bersaing dengan pemain Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha pada perlawanan kedua kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura. - Foto AP
JARINGAN pemain Thailand, Adisak Kraisorn (tengah) di minit akhir perlawanan ketika menentang Harimau Malaya, memastikan pasukannya layak ke peringkat separuh akhir secara automatik dalam perlawanan Piala AFF Suzuki 2014, di Stadium Jalan Besar, Singapura. - Foto REUTERS

Piala AFF: Harimau Malaya gigit jari kalah kepada Thailand


PEMAIN Harimau Malaya, Amri Yahyah (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan kecewa selepas tewas 2-3 kepada Thailand pada perlawanan kedua kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

KUALA LUMPUR: Impian Malaysia layak ke separuh akhir kejohanan Piala AFF Suzuki kian tipis apabila tewas kepada Thailand 3-2 di Stadium Jalan Besar di Singapura, malam ini.

Ketika satu mata seperti dalam genggaman skuad Harimau Malaya, pemain lawan Adisak Kraisorn menjadi pemusnah dengan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan saingan Kumpulan B.

Kini, Malaysia tiada pilihan kecuali harus menewaskan tuan rumah, Singapura dalam perlawanan terakhir, Ahad ini.

Thailand, berbekal dua kemenangan berturut-turut - selepas menewaskan Singapura 2-1 pada hari pertama, kini sudah sah layak ke separuh akhir edisi kali ini.

Bermula lebih agresif skuad Harimau Malaya membuat kejutan apabila mendahului pada minit ke-28 hasil jaringan Amri Yahyah dalam saingan Kumpulan B ini.

Thailand yang bangkit mengemaskan semula permainan mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-43 menerusi Adisak Kraisorn.

Harimau Malaya kembali mendahului menerusi usaha solo Safiq Rahim pada minit ke-61 tetapi Charyl Yannic Chappuis menyamakan kedudukan untuk lawan pada minit ke-73.

Adisak memastikan mata penuh Thailand dengan gol pada minit-minit terakhir permainan buat menghampakan lawan yang berhak mendapat sekurang-kurangnya satu mata.

INFO

Malaysia..................2 Thailand............3

Amri Yahyah (m-28) Adisak Kraisorn (m-42 dan 90)

Safiq Rahim (m-60) Charyl Yannic Chappuis (m-72)

Barisan Pemain

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Afif Amiruddin, Mahalli Jasuli,Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim, Muhammad ShukorAdan (kapten)(Mohd Hafiz Kamal), S Kunanlan (Indra Putra Mahayuddin), Mohd AmriYahyah, Norshahrul Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat), Mohd Safee Mohd Sali.

THAILAND: Kawin Thamsatchanan, Kroekrit Thawikan, Sarach Yooyen, CharylYannic Chappuis, Kirati Keawsombut (Adisak Kraisorn), Narubadin Weerawatnodom,Sarawut Masuk (Chainarong Tatong)(Prakit Deeprom), Anucha Kitpongsri (kapten),Adison Promrak, Tanaboon Kesarat, Chanathip Songkrasin.

Pengadil: Al Kaf Ahmed Abu Bakar Said (Oman)

Berita Harian X