Sabtu, 8 Oktober 2016 | 9:46am

PM sertai 17,000 warga pendidik dan pelajar berjalan kaki


HAMPIR 17,000 warga pendidikan dan pelajar menyertai acara Jalan Ria 1Murid 1Sukan sempena Hari Sukan Negara 2016 di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi menyertai hampir 17,000 warga pendidikan dan pelajar berjalan sejauh 4.5 kilometer bagi acara Jalan Ria 1Murid 1Sukan sempena Hari Sukan Negara 2016 di Dataran Putrajaya, Presint 3, di sini.

Acara itu turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan.

Perdana Menteri sebelum itu menyertai acara senaman di Persiaran Perdana, Presint 2, sebelum melepaskan peserta Kayuhan Hari Sukan Negara 2016.

Beliau turut menunjukkan bakat memecahkan papan karate bersama kira-kira 1,600 ahli taekwondo bagi Program Seni Mempertahankan Diri, sebelum menyertai acara kayuhan ke Dataran Putrajaya.

Berita Harian X