Sabtu, 8 Oktober 2016 | 11:34am

300,000 sertai Hari Sukan Negara di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Kira-kira 300,000 penduduk menyertai program Hari Sukan Negara 2016, yang berlangsung serentak di seluruh negeri ini, pagi ini.

Sambutan peringkat negeri di Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban, dimeriahkan dengan pertandingan bola keranjang, senamrobik dan larian tiga kilometer yang turut disertai Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Majlis sama turut diadakan di Balik Pulau dan Permatang Pauh membabitkan pelbagai acara sukan seperti futsal, paint ball dan tarian.

Berita Harian X