Sabtu, 8 Oktober 2016 | 9:29pm

Trump mohon maaf kerana hina wanita

DONALD Trump. - Foto Reuters

WASHINGTON: Calon presiden Republikan, Donald Trump, hari ini memohon maaf kerana menggunakan kata-kata kesat dalam rakaman video pada 2005 yang menghina wanita.

"Saya menyesal dengan apa yang saya kata dan lakukan. Sesiapa mengenali saya tahu ia tidak menggambarkan diri saya yang sebenarnya. Saya silap dan mohon maaf," katanya dalam satu kenyataan yang dirakam.

Ia adalah permohonan maaf secara terbuka yang pertama dalam tempoh kempen yang penuh dengan penghinaan dan retorik, beberapa jam selepas The Washington Post menyiarkan video menggemparkan yang menunjukkan Trump mengatakan dia bebas meraba wanita dan mengadakan hubungan seks.

"Saya berikrar untuk menjadi lelaki yang lebih baik," katanya sambil menyatakan suami kepada Hillary, bekas Presiden Bill Clinton, pernah "mendera wanita".

"Kita akan bincang perkara ini pada bahas esok," katanya. - AFP

Berita Harian X