Isnin, 10 Oktober 2016 | 9:45am
ULAR tedung selar menelan ular sawa. - Foto Ihsan APM
ULAR tedung selar menelan ular sawa. - Foto Ihsan APM
PASUKAN APM berjaya menangkap ular tedung selar yang menelan ular sawa di Kampung Gadong Jaya, Labu, Seremban, malam tadi. - Foto Ihsan APM
PASUKAN APM berjaya menangkap ular tedung selar yang menelan ular sawa di Kampung Gadong Jaya, Labu, Seremban, malam tadi. - Foto Ihsan APM

Ular tedung selar telan ular sawa

SEREMBAN: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ular sawa yang menceroboh reban ayam miliknya ditelan seekor ular tedung selar sepanjang 2.5 meter di Kampung Gadong Jaya, Labu, di sini, malam tadi.

Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Seremban, Prebet V Yogeswaran, berkata dalam kejadian jam 8.40 malam itu, pemilik rumah meninjau reban berkenaan apabila ayamnya membuat bising.

"Dia kemudian mendapati seekor ular yang agak besar di atas lantai dan apabila melihat lebih dekat, ia adalah ular tedung selar yang sedang menelan seekor ular sawa.

"Lelaki itu mendapati tiada ayamnya yang hilang, justeru berpendapat ular sawa itu tidak sempat memakan ayam di reban itu apabila diserang ular tedung selar berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu menghubungi APM untuk mendapatkan bantuan dan pasukannya mengambil masa lima minit untuk menangkap ular seberat lapan kilogram itu yang diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN).

Berita Harian X