Isnin, 10 Oktober 2016 | 1:35pm

KKLW sedia bantu siasatan SPRM - Ismail Sabri

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto Rosela Ismail
MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto Rosela Ismail

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes rasuah membabitkan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau yakin siasatan membabitkan peruntukan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah KKLW dari tahun 2010 hingga 2015 dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh.

Katanya, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan.

"Saya akan mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai projek BALB yang disalurkan ke Jabatan Bekalan Air Sabah dari Bahagian Insfrastruktur KKLW.

"KKLW juga akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah dan penyelewengan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan negeri itu ditahan SPRM pada Isnin minggu lalu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion sejak tahun 2010.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X