Selasa, 11 Oktober 2016 | 10:05am

Korea Selatan arah henti guna Note 7 dalam pesawat

PELANGGAN mencuba telefon Galaxy Note 7 di ibu pejabat Samsung di Seoul, Korea Selatan. - Foto REUTERS

SEOUL: Kementerian Pengangkutan Korea Selatan hari ini menyatakan telefon Galaxy Note 7 keluaran Samsung Electronics tidak sepatutnya diguna atau dicaj dalam pesawat.

Garis panduan itu dikeluarkan selepas Agensi Teknologi dan Standard Korea menyatakan pengguna perlu berhenti menggunakan telefon Galaxy Note 7 termasuk unit gantian berikutan laporan kebakaran peranti berkenaan. - Reuters

Berita Harian X