Selasa, 11 Oktober 2016 | 2:23pm

Pacific Insurance serah cek pampasan atlet kabaddi

ZAINAL Abidin menerima cek daripada wakil syarikat insurans. - Foto Terengganu Times

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menerima cek pampasan RM103,900 daripada syarikat insurans, Pacific Insurance bagi pihak atlet kabaddi, Fatin Nadeera Jasni yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya terbabit kemalangan di Tepoh, dekat sini pada 27 Mei lalu.

Pampasan kepada atlet di bawah Program Pembangunan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) itu diserahkan Pengarah Urusan Pacific Insurance, Ponusamy Doraisamy kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu; Timbalannya, Mohd Sabri Abas dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Pacific Insurance, Mohd Talha Masodi.

Ibni berkata, lebih 500 atlet di bawah Program Pembangunan Sukan MSNT dilindungi insurans berkelompok.

Secara keseluruhan setakat ini, katanya, seramai empat atlet menerima pembayaran, iaitu dua atlet sukan lumba basikal, seorang bola baling dan kabaddi yang membabitkan pampasan hampir RM400,000.

Berita Harian X