Rabu, 12 Oktober 2016 | 4:58pm
Bot nelayan warga Vietnam yang ditahan APMM menangkap ikan secara haram di kedudukan 26 batu nautika Tenggara Tanjung Sedili, dekat Kota Tinggi, petang semalam. - Foto ihsan APMM
Bot nelayan warga Vietnam yang ditahan APMM menangkap ikan secara haram di kedudukan 26 batu nautika Tenggara Tanjung Sedili, dekat Kota Tinggi, petang semalam. - Foto ihsan APMM

APMM tahan 20 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Bot nelayan warga Vietnam yang ditahan APMM menangkap ikan secara haram di kedudukan 26 batu nautika Tenggara Tanjung Sedili, dekat Kota Tinggi, petang semalam. - Foto ihsan APMM

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang dikesan menangkap ikan haram di kedudukan 26 batu nautika tenggara Tanjung Sedili, dekat sini semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Sanifah Yusof dalam satu kenyataan hari ini, berkata bot berkenaan dikesan petugas APMM yang menjalankan rondaan pada jam kira-kira 2 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bot membawa 20 warga Vietnam itu tidak mempunyai sebarang dokumen.

Susulan itu, beliau berkata, tekong dan awak-awak berusia 16 hingga 51 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

"Bot berkenaan ditahan bersama kira-kira 10 tan pelbagai jenis ikan, enam tan ikan baja dan 900 kilogram sotong kering yang dipercayai ditangkap di kawasan perairan negara ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) dan16 (3) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia.

"Jika sabit kesalahan, awak-awak boleh dikenakan denda RM100,000 setiap seorang, manakala tekong atau nakhoda denda sehingga RM1,000,000," katanya.

Beliau berkata, ia kejayaan pertama APMM Daerah Maritim Tanjung Sedili tahun ini dalam usaha membasmi aktiviti penangkapan hasil laut secara haram oleh nelayan asing yang boleh merugikan negara.

Berita Harian X