Jumaat, 28 November 2014 | 9:12am
Beginilah keadaan bandar raya Brisbane di Queensland, Australia yang dilanda ribut kuat dan hujan lebat sejak beberapa hari lalu mengakibatkan banjir dan bekalan elektrik terputus. - Foto EPA

Bekalan elektrik terputus ribut kuat, banjir di Brisbane

BRISBANE: Ribut kuat dan banjir di Brisbane mengakibatkan bumbung rumah terpelanting, bekalan elektrik terputus, jalan raya ditenggelami air manakala berpuluh orang cedera di bandar raya ketiga terbesar di Australia itu.

Pembekal elektrik, Energex hari ini berkata kira-kira 90,000 rumah tidak mempunyai bekalan elektrik berikutan pokok dan tiang elektrik tumbang dipukul angin yang berkelajuan 140 kilometer sejam.

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan, pusat konvensyen yang menjadi tempat Sidang Kemuncak G20 diadakan yang dihadiri Presiden Barack Obama dan pemimpin dunia lain dua minggu lalu, mengalami kerosakan akibat ditenggelami air dan hujan batu.

Pemimpin Queensland, Campbell Newman menyifatkan kejadian ribut itu sebagai yang terburuk di bandar raya berkenaan sejak 1985. - AP

Berita Harian X