Jumaat, 14 Oktober 2016 | 1:54am

Putera Mahkota Vajiralongkorn minta masa untuk berkabung

PUTERA Mahkota Vajiralongkorn. - Foto Reuters

BANGKOK: Putera Mahkota Vajiralongkorn minta masa yang sesuai sebelum dimasyhurkan sebagai Raja Thailand, kata Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha.

Dalam sidang media di Rumah Kerajaan lewat malam ini, putera mahkota menurut beliau, mahu masa untuk berkabung atas kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej petang Khamis.

"Beliau (Putera Mahkota) meminta diberi masa untuk menangani kesedihan dan menzahirkan kedukaan bersama rakyat di seluruh negara ketika ini," kata beliau kepada media, di sini.

Putera Mahkota berusia 64 tahun itu berkata, Perdana Menteri telah menerima pelantikannya sebagai waris diraja, yang dibuat sejak 1972.

Prayuth bercakap kepada media pada masa yang sama parlimen mengadakan sidang sesi khas untuk bertafakur selama sembilan minit sebagai tanda penghormatan kepada raja paling lama menduduki takhta di dunia.

Raja Bhumibol, 89, yang bersemayam selam 70 tahun, mangkat pada 3.52 petang, Khamis di Hospital Siriraj ketika menerima rawatan, menurut Biro Diraja Thailand. - BERNAMA

Berita Harian X