Sabtu, 15 Oktober 2016 | 1:03am

Julie's, Legoland lancar kempen promosi bersama

KETUA Bahagian Pemasaran Legoland, Eric Chong dan Pengurus Pemasaran, Benny Chia pada sidang media di taman tema Legoland, pada Jumaat. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

ISKANDAR PUTERI: Pengeluar biskut jenama Julie's, Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland) bagi kempen promosi 'Jom Bersama Kami Gegarkan Dunia LEGO!'.

Pengurus Pemasaran, Benny Chia, berkata sepanjang promosi yang bermula 1 Oktober hingga Disember tahun ini, orang ramai termasuk di Singapura yang membeli produk biskut Julie's akan mendapat diskaun 35 peratus pembelian tiket masuk serta tiket percuma bagi kanak-kanak ke Legoland.

Katanya, pembeli yang membeli siri produk biskut Julie's Le-mond Sandwic atau Julie's Hershey's hanya perlu memotong bahagian kupon diskaun daripada bungkusan dan menunjukkannya di kaunter tiket Legoland bagi menikmati potongan harga 35 peratus untuk tiket masuk.

"Penggemar biskut Golden dan Gula yang membeli produk itu akan diberikan tiket percuma bagi kanak-kanak berusia 3 hingga 11 tahun dengan setiap pembelian tiket dewasa dan dengan promosi ini ia dapat menjimatkan perbelanjaan tiket kanak-kanak hingga RM144.

"Julie's akan mengedar sejumlah dua juta bungkus siri produk biskut Julie's ke pasaran tempatan termasuk Sabah dan Sarawak serta Singapura bagi kempen promosi ini dan pembeli juga boleh menebus kupon berkenaan hingga April tahun hadapan," katanya di taman tema Legoland di sini, pada Jumaat.

Yang turut hadir, Ketua Bahagian Pemasaran Legoland, Eric Chong.

Chia berkata, orang ramai juga berpeluang menyertai pertandingan 'Saat Yang Menyeronokkan Bagi Saya' yang akan dilancarkan pada 1 November hingga 31 Disember tahun ini menerusi setiap pembelian mana-mana produk Julie's dengan nilai serendah RM10 atau SGD5 (RM15.12).

"Pembeli hanya perlu memuat naik gambar di laman Facebook atau Instagram menunjukkan saat keseronokan bersama rakan atau keluarga dengan keterangan 'Ini merupakan saat yang menyeronokkan bagi saya kerana ...' dengan hashtag #JuliesxLegoland bagi memenangi hadiah istimewa.

"Sebanyak 54 hadiah dengan nilai keseluruhan RM20,000 menanti termasuk hadiah utama iaitu pakej penginapan dua hari satu malam di Legoland, empat tiket lawatan VIP ke taman tema Legoland selain hamper biskut Julie's bernilai RM100," katanya.

Berita Harian X