Sabtu, 15 Oktober 2016 | 5:02pm

Agong zahir ucapan takziah atas kemangkatan Raja Thailand

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah, hari ini menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Raja Thailand Bhumibol Adulyadej.

Menurut kenyataan Istana Negara, ucapan takziah Seri Paduka berdua itu susulan kemangkatan Raja Bhumibol, 89, di Hospital Siriraj, Khamis lepas.

Raja Bhumibol, yang menduduki takhta selama 70 tahun sejak 1946, adalah raja yang paling lama memerintah. - BERNAMA

Berita Harian X