Ahad, 16 Oktober 2016 | 9:45am

Minta rakyat bertenang keputusan tunda tabal Raja Thai

PENDUDUK Thailand menandatangani buku takziah kemangkatan Raja Thailand Bhumibol Adulyadej hari ini. - Foto BERNAMA

BANGKOK: Putera Mahkota Thailand menggesa rakyatnya supaya tidak bimbang dengan keputusan mengejut beliau untuk menunda pertabalan sebagai Raja berikutan kemangkatan ayahandanya, kata pemimpin junta semalam.

Langkah yang membawa kepada pelantikan pemangku Raja itu, mencetus khabar angin dan ketidakpastian di negara yang baru-baru ini berdepan rampasan kuasa, komplot politik dan protes jalanan.

Berbeza dengan latar belakang itu, Raja Bhumibol Adulyadej, 88, yang mangkat pada Khamis lalu sebaliknya menjadi lambang kestabilan dan kejujuran moral kepada ramai rakyat Thai.

Pewaris takhta, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn, 64 meminta untuk menunda upacara pertabalan secara rasmi beliau kerana mahu berkabung dengan seluruh rakyat Thai.

Bekas Jeneral, Prem Tinsulanonda, 96 yang pernah mengetuai Majlis Privi Bhumibol sebelum ini, diumumkan sebagai pemangku Raja. - AFP

Berita Harian X