Jumaat, 28 November 2014 | 4:08pm
Franz Beckenbauer

Piala Dunia: FIFA siasat Franz Beckenbauer isu undi

LONDON: Franz Beckenbauer - bekas kapten dan jurulatih Jerman yang menjuarai Piala Dunia - kini disiasat ke atas peranannya memilih Russia dan Qatar selaku tuan rumah Piala Dunia.

Legenda berusia 69 tahun itu adalah antara 22 pegawai yang mengundi pada Disember 2010 memilih hos untuk temasya 2018 dan 2022.

Calon prospek untuk presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Harold Mayne-Nicholls yang mengetuai pemeriksaan oleh badan induk itu ke atas negara yang membuat bidaan turut dalam siasatan.

Ketua etika, Michael Garcia juga turut menyiasat tiga eksekutif FIFA.

Ketiga-tiga mereka adalah Angel Maria Villar Llona (Sepanyol), Michel D'Hooghe (Belgium) dan Worawi Makudi (Thailand).

"Rabu lalu, saya pergi ke Zurich untuk memberi segala keterangan diperlukan di atas dakwaan berkenaan," kata D'Hooghe kepada BBC Sport.

Difahamkan, Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini adalah pegawai tunggal yang membuat pengumuman secara terbuka bahawa dia mengundi untuk Qatar 2022.

Tapi dia dibebaskan dan tiada dalam senarai siasatan lanjut. - BBC Sport

49 dibaca
Berita Harian X