Isnin, 17 Oktober 2016 | 8:13am

24 keluarga di Kota Kuala Muda mula pindah

LIMA kampung sekitar Kota Kuala Muda, di sini, dinaiki banjir susulan fenomena air pasang besar .

SUNGAI PETANI: Lima kampung sekitar Kota Kuala Muda, di sini, dinaiki banjir susulan fenomena air pasang besar yang melanda, menyebabkan lebih 20 keluarga terpaksa berpindah ke lokasi selamat.

Semua mangsa dari Kampung Masjid, Kampung Padang Salim, Kampung Hujung Matang, Kampung Paya dan Kampung Sungai Yu dinaiki air sehingga setengah meter selepas air pasang besar, menyebabkan kediaman dibanjiri seawal jam 1 pagi.

Penduduk, Rasidah Arshad, 38, dikejutkan suaminya, Kamal Hafis Mohamad, 35, sebaik menyedari kediaman dinaiki air sebelum segera berpindah.

"Kami tidak menyangka naik kerana selepas beberapa hari, tiada air pasang besar berlaku," katanya ketika ditemui, awal pagi ini.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, mengesahkan sehingga jam 4 pagi tadi, 24 keluarga membabitkan 85 mangsa sudah ditempatkan ke empat pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kuala, Dewan Kampung Paya, Rumah JKKK Kampung Sungai Meriam dan Masjid Kampung Bukit Kechil.

Berita Harian X