Isnin, 17 Oktober 2016 | 9:15am

Air pasang besar, laluan Kampung Bagan Panchor terjejas

PENDUDUK dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meletakkan guni pasir sebagai benteng menghalang air melimpah.
PENDUDUK dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meletakkan guni pasir sebagai benteng menghalang air melimpah.

PANTAI REMIS: Sebahagian laluan memasuki Kampung Bagan Panchor di sini, dinaiki air akibat fenomena air pasang besar, pagi tadi.

Tinjauan BH mendapati kira-kira tiga kilometer (km) laluan itu dilimpahi air namun masih boleh dilalui kenderaan.

Bagaimanapun, tiada rumah penduduk yang terjejas dan belum ada proses pemindahan digerakkan walaupun air pasang dan hujan lebat sejak jam 12 tengah malam tadi sehingga awal pagi.

Air dikesan mulai surut jam 5 pagi.

Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Manjung, M Sasitharan, berkata air mula naik pada jam 1.30 pagi dan mencapai paras 3.4 meter dari paras laut.

"Keadaan masih terkawal dan benteng guni berpasir yang diletakkan di lima kawasan berisiko di kampung ini turut membantu," katanya ketika ditemui di sini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X