Jumaat, 28 November 2014 | 5:05pm
SEORANG penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang hilang kawalan dipercayai dipandu dalam keadaan mabuk, dalam kejadian di Dataran Merdeka, di sini, awal pagi tadi.
SEORANG penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang hilang kawalan dipercayai dipandu dalam keadaan mabuk, dalam kejadian di Dataran Merdeka, di sini, awal pagi tadi.

Penunggang motosikal maut dirempuh 4WD

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang hilang kawalan dipercayai dipandu dalam keadaan mabuk, dalam kejadian di Dataran Merdeka, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Irham Muzani Azhar, 19, maut di tempat kejadian manakala pemandu serta tiga penumpang kenderaan pacuan empat roda terbabit dilaporkan cedera.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan, berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC itu dipercayai baru pulang dari bekerja di sebuah restoran di ibu negara untuk pulang ke rumahnya di Jalan Ampang.

Katanya, mangsa yang melalui jalan Raja dirempuh sebuah kenderaan jenis Nissan Navara yang hilang kawalan dari arah bertentangan sebelum kereta itu berpusing beberapa kali.

"Mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala, empat lelaki yang menaiki kereta itu cedera dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut," katanya.

Berita Harian X