Jumaat, 28 November 2014 | 5:38pm
PERWAKILAN UMNO Bahagian Batu Pahat diketuai Ketua Bahagiannya, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (tengah) bergambar bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, semalam. - Foto Nur Adibah Ahmad Izham

Pelapis perlu berusaha jadi pewaris parti - Mohd Puad

KUALA LUMPUR : Proses peremajaan UMNO tidak akan berjaya jika barisan pelapis ini sekadar berhajat mewarisi kepemimpinan sedia ada, namun tidak berusaha mewarisi perjuangan parti.

Malah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi percaya peremajaan itu sendiri akan menemui jalan buntu dan gagal sekiranya pemahaman mengenainya hanya berkisar soal itu.

"Kalau itu tidak ada (mewarisi pejuangan parti), UMNO tidak akan ke mana juga walaupun kita buat peremajaan parti.

"Kekuatan UMNO adalah perjuangannya. Rakyat juga akan sokong parti yang ada perjuangan," katanya ketika ditemui di pekarangan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Berita Harian X