Selasa, 18 Oktober 2016 | 8:08am

Neymar ikat kontrak baharu


NEYMAR.

MADRID: Neymar akan menandatangani sambungan kontrak tiga tahun bersama Barcelona Jumaat ini, sekali gus mengekalkan penyerang Brazil itu sehingga tahun 2021.

Barcelona dan Neymar membuat pengumuman mengenai perjanjian itu pada Julai lalu.

Kontrak sebelum ini berakhir pada 2018 dan perjanjian baharu yang menyusul itu akan tamat pada Jun 2021, kata Barcelona dalam satu kenyataan.

Pengumuman kelab berkenaan pada Julai menamatkan spekulasi bahawa Neymar tidak gembira di Sepanyol dan dikatakan mahu berhijrah ke kelab lain.

Paris Saint-Germain (PSG) adalah antara kelab yang dilaporkan cuba menandatanganinya.

Pada ketika itu, kelab berkenaan berkata klausa pembelian semula ditetapkan pada 200 juta euro (RM928.43 juta) pada tahun pertama kontrak baharu, diikuti 222 juta euro (RM1.030 bilion) untuk tahun kedua dan 250 juta euro (RM1.160 juta) untuk tiga tahun terakhir.

Klausa pembelian itu menyamai kontrak buat Lionel Messi.

Neymar, 24, bersama Barcelona sejak berhijrah dari kelab Brazil, Santos pada 2013.

Dia sudah menjaringkan 90 gol dalam 149 perlawanan, termasuk lima gol dalam lapan perlawanan musim ini. - AP

289 dibaca
Berita Harian X