Selasa, 18 Oktober 2016 | 4:47pm

PGA rampas 11,565 karton rokok putih

SENIOR Asisten Komisioner Khaw Kok Chin (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian rokok yang dirampas dalam serbuan di beberapa lokasi di Kuching dalam sidang media di Batu Kawa, Kuching.

KUCHING: Sebanyak 11,565 karton rokok putih bernilai RM481,000 dirampas dalam serbuan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak di dua rumah di Jalan Kuching-Serian, kelmarin.

Serbuan pada jam 4 petang dan 10 malam itu dilakukan hasil risikan dan pemantauan oleh pasukan berkenaan selama beberapa minggu.

Komander PGA Sarawak, Senior Asisten Komisioner Khaw Kok Chin, berkata rumah berkenaan dijadikan stor sindiket sebelum menjual rokok berkenaan di pasaran tempatan.

Katanya, rokok yang dirampas itu diimport dari negara luar dan tidak diisytiharkan bagi mengelak cukai.

"Polis juga menahan dua lelaki masing-masing berusia 40 tahun dan 62 tahun dipercayai anggota sindiket kerana menawarkan rasuah kepada pegawai serbuan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PGA Sarawak, di sini, hari ini.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X