Rabu, 19 Oktober 2016 | 12:57am
Pesawat ringan dalam penerbangan dari Virginia ke Kanada pada Sabtu lalu, ditemui terhempas di Pennsylvania. - Foto http://www.kait8.com/
Pesawat ringan dalam penerbangan dari Virginia ke Kanada pada Sabtu lalu, ditemui terhempas di Pennsylvania. - Foto http://www.kait8.com/

3 maut pesawat terhempas di AS

AUSTIN: Sebuah pesawat ringan yang terputus hubungan dengan menara kawalan ketika dalam penerbangan dari Virginia ke Kanada pada Sabtu lalu, ditemui terhempas di Pennsylvania.

Semua tiga individu dalam pesawat berkenaan terbunuh.

Koroner Potter County, Kevin J Dusenbury Sr, mengesahkan kematian tiga individu berkenaan tetapi tidak menyatakan maklumat tambahan berkaitan mangsa kerana keluarga mereka belum dimaklumkan.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat Piper PA-28 yang berdaftar di Kanada itu berlepas Sabtu lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Richmond, Virginia menuju ke Lapangan Terbang Daerah Niagara/St Catharines.

Dusenbury Sr berkata, bangkai pesawat ditemui lewat semalam di Keating, selatan Potter County, iaitu 241 kilometer ke timur laut Pittsburgh.

FAA terputus hubungan dengan pesawat terbabit kira-kira 7.00 malam Sabtu lalu. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) mengetuai siasatan nahas itu. - AP

Berita Harian X