Khamis, 20 Oktober 2016 | 11:41am

AMMD: TPM Zahid beri komitmen penuh

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (empat dari kiri) dan Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean (lima dari kanan) dan para Menteri ASEAN melancarkan riben Anti-Penyalahgunaan Dadah ketika menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Isu Dadah ke-5 di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan komitmen penuh untuk menangani masalah dadah di Asia Tenggara.

Beliau menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Kelima Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Dadah (AMMD) di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di sini semalam selepas melakukan lawatan sehari di Johor.

Singapura menjadi hos mesyuarat itu yang berlangsung dua hari dan berakhir hari ini.

Dipengerusikan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Undang-Undang, K. Shanmugam, mesyuarat itu mengumpulkan pemimpin ASEAN untuk bersama-sama berbincang dan bersatu untuk bertindak balas mengatasi masalah dadah serantau.

Mesyuarat Kelima Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Dadah itu adalah satu daripada program yang telah dipersetujui di bawah Kerangka Kerja ASEAN bagi tempoh 2016-2025.

Ia akan membentangkan pendekatan yang menyeluruh dan seimbang untuk merealisasikan ASEAN Bebas Dadah.

Timbalan Perdana Menteri Singapura yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Teo Chee Hean merasmikan edisi kelima mesyuarat itu.

Sebelum majlis perasmian itu, Ahmad Zahid membuat kunjungan hormat ke atas Teo. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X