Jumaat, 21 Oktober 2016 | 12:04am
VICTORIA Sloane praktikal dan mudah digayakan. - Foto Ihsan Pembaca
VICTORIA Sloane praktikal dan mudah digayakan. - Foto Ihsan Pembaca

Satu beg empat gaya

FASHIONVALET melancarkan jenama beg tangan yang indah, Victoria Sloane dimiliki oleh Rita Sosilawati di Bangsar Village. - Foto Halim Salleh
FASHIONVALET melancarkan jenama beg tangan yang indah, Victoria Sloane dimiliki oleh Rita Sosilawati di Bangsar Village. - Foto Halim Salleh

PRAKTIKAL dan mudah digayakan, ia antara ciri-ciri tas tangan diidamkan kebanyakan wanita. Namun, biar apa pun reka bentuk dipilih, cantik dan tampak menarik dibawa serta digayakan, pastinya tidak diketepikan.

   Tidak kira sama ada yang muda ataupun berumur, semua akan berasakan penampilan mereka tidak akan lengkap tanpa tas tangan.

   Mungkin juga disebabkan hal ini, terdapat pelbagai jenis tas tangan dengan fungsi tersendiri dan didatangkan bersesuaian untuk pelbagai acara.

   Bagi jenama tas tangan, Victoria Sloane yang diasaskan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, fungsi empat dalam satu untuk sebuah beg tangan menjadi taruhan. Jenama tas tangan baharu itu dilancarkan di ibu kota, baru-baru ini.

    Tas tangan berkenaan boleh digayakan sama ada sebagai beg bimbit, sandang atau genggam menerusi penghasilan tali beg mudah laras.

   "Saya mahukan beg yang praktikal untuk pelbagai acara. Beg tangan dengan warna tidak keterlaluan, membolehkan ia mudah digayakan.

Malah, cantik dan membolehkan seseorang wanita tampil cantik serta bergaya," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran.

   Yang turut hadir Pengasas FashionValet, Vivy Yusof.

RITA Sosilawati bersama rangkaian beg Victoria Sloane di Bangsar Village. - Foto Halim Salleh
RITA Sosilawati bersama rangkaian beg Victoria Sloane di Bangsar Village. - Foto Halim Salleh

VICTORIA Sloane .- Foto Ihsan Pembaca
VICTORIA Sloane .- Foto Ihsan Pembaca

Minat kumpul beg

Erni Dekritawati, anak sulung kepada jutawan kosmetik, Allahyarham, Datuk Sosilawati Lawiya berkata, kecintaan beliau terhadap tas tangan antara pencetus minat tampil bersama jenama sendiri.

   Tidak memiliki jenama atau pereka tas tangan kegemaran katanya, beliau lazimnya membeli sekurang-kurangnya satu bagi setiap jenama daripada pereka sebagai sebahagian daripada koleksi peribadi.

   "Saya beli semua hasil sentuhan pereka dan simpan. Malah ada banyak tas tangan. Tetapi selepas ini nampaknya saya perlu memakai Victoria Sloane untuk digayakan," katanya berseloroh.

   Erni Dekritawati berkata, beliau memilih menawarkan beg tangan kerana tidak banyak koleksi rekaan tempatan ditawarkan dalam pasaran.

   "Jadi saya berasakan perlu untuk saya tampil dengan aksesori wanita lain selain tudung dan pakaian yang banyak terdapat di pasaran," katanya.

   Mengambil masa lebih kurang setahun untuk tampil bersama rekaan ini hingga siap dijual, Erni Dekritawati berkata, pemilihan warna adalah ton yang diramal menjadi aliran fesyen 2017 seperti ungu muda, kuning lemak ketam dan merah saga.

ANTARA koleksi Victoria Sloane - Foto Ihsan Pembaca
ANTARA koleksi Victoria Sloane - Foto Ihsan Pembaca

Ingin kerjasama dengan adik

Beliau berkata, untuk perancangan akan datang, kerjasama dengan adik bongsunya, Siti Nur Fatimah Buhari, 19, yang baru-baru ini tampil bersama label pakaian jenama sendiri, Siti Buhari mungkin dilaksanakan.

   Mengenai pemilihan label, katanya nama itu adalah nama timangan beliau sejak menuntut di Universiti Nottingham, United Kingdom lagi yang gemar bersantai di Victoria, lokasi terkenal beli belah di situ.

   Beg berkenaan boleh didapati di butik FashionValet pada harga RM299.

PELBAGAI jenis tas tangan dengan fungsi tersendiri dan didatangkan bersesuaian untuk pelbagai acara. - Foto Ihsan Pembaca
PELBAGAI jenis tas tangan dengan fungsi tersendiri dan didatangkan bersesuaian untuk pelbagai acara. - Foto Ihsan Pembaca

Info :

Victoria Sloane :

  • Dua koleksi 'plain' dan 'croc'.
  • Ada 10 pilihan berbeza.
  • Boleh dipakai dengan empat gaya.
  • Dijual hanya di FashionValet.
  • Harga RM299.
Berita Harian X