Jumaat, 21 Oktober 2016 | 8:15am

Pogba meledak 2 gol bantu United benam Fenerbahce

AKSI Paul Pogba (kanan) yang menjaringkan gol ketiga pasukan dalam pertemuan menentang Fenerbahce di Old Trafford, malam tadi. - Foto Reuters

MANCHESTER: Paul Pogba meledak dua gol untuk membantu Manchester United dalam kempen Liga Europa dalam kemenangan penuh bergaya 4-1 di laman sendiri, menundukkan gergasi Turki, Fenerbahce, malam tadi.

Pogba yang juga pemain tengah Perancis, menyempurnakan penalti dan melakukan satu tendangan daripada jarak jauh bagi mengumpulkan tiga gol peribadi sejak kembali daripada Juventus dengan rekod perpindahan dunia sebanyak 89 juta pound (RM455.87 juta).

Anthony Martial menyumbang satu lagi menerusi penalti manakala gol keempat oleh Jesse Lingard bagi memastikan kemenangan buat pasukan Jose Mourinho untuk berada di kedudukan teratas Kumpulan A bersama Feyenoord dengan berkongsi enam mata.

"Ini adalah tiga mata dan itu adalah apa yang kami perlukan," kata Mourinho.

"Kami tahu selepas kekalahan pertama (1-0 di Feyernoord) ia adalah penting untuk mendapatkan sembilan mata di laman sendiri dan beberapa mata lagi di tempat lawan, jadi ia adalah kejayaan yang sangat penting bagi kami."

Fenerbahce lewat bertindak, namun bekas pemain United, Robin van Persie berjaya menyumbat satu gol selepas menerima hantaran silang daripada pemain gantian, Emanuel Emenike dan kemudian menerima tepukan daripada semua empat sudut di Old Trafford.

"30 minit yang pertama, permainan adalah seimbang dengan United mempunyai lebih banyak bola tetapi tidak mencipta banyak peluang," kata jurulatih Fenerbahce, Dick Advocaat. - AFP

Berita Harian X