Sabtu, 22 Oktober 2016 | 9:54pm

Jurukamera Iraq maut dalam operasi tawan Mosul

SERANGAN secara besar-besaran di Mosul bermula Isnin lalu membabitkan ribuan tentera dan dijangka berterusan beberapa minggu. - Foto Reuters

BAGHDAD: Seorang jurukamera Iraq terbunuh ketika membuat liputan operasi tentera kerajaan menawan semula Mosul daripada militan Daesh.

Ali Raysan, terbunuh ketika bertugas di kawasan pertempuran dekat perkampungan Al-Shura, selatan Mosul, lapor Al Sumaria TV dalam berita ringkas di laman webnya.

Tentera Iraq dan pasukan separa tentera bersekutu sedang memasuki Lembah Tigris, hari keenam serangan terhadap Mosul.

Serangan secara besar-besaran bermula Isnin lalu membabitkan ribuan tentera dan dijangka berterusan beberapa minggu.

Kelmarin, seorang wartawan TV Iraq dibunuh penembak curi di bandar Kirkuk. - AFP

Berita Harian X