Ahad, 23 Oktober 2016 | 2:35pm

Pelakon filem lucah dakwa dicabul Trump

JESSICA Drake pada sidang akhbar di Los Angeles. - Foto Reuters

WASHINGTON: Seorang pelakon filem lucah menjadi wanita terbaharu menuduh calon presiden Republikan, Donald Trump, mencabulnya, berkata hartawan itu menawarkan bayaran AS$10,000 (RM41,000) supaya beliau datang ke bilik hotelnya bersendirian.

Jessica Drake ialah seorang daripada 11 wanita yang mendakwa Trump meraba, mengeluar kenyataan tidak sopan atau mencium mereka secara paksa.

Bercakap pada sidang akhbar di Los Angeles diiringi peguam diskriminasi berprofil tinggi, Gloria Allred, Drake berkata beliau bertemu Trump pada kejohanan golf di Lake Tahoe, California pada 2006.

"Beliau berfoya-foya dengan saya dan mempelawa saya berjalan dengannya sepanjang padang golf," katanya, menambah Trump meminta beliau datang ke bilik hotelnya.

Drake mengunjungi Trump di bilik hotelnya dengan dua wanita lain.

Memakai baju tidur ketika wanita berkenaan memasuki biliknya, Trump memeluk erat dan mencium setiap seorang daripada mereka tanpa meminta izin.

Trump juga bertanya mengenai kerjayanya sebagai pelakon filem lucah.

Selepas kembali ke biliknya, Drake berkata, Trump menghubunginya supaya kembali ke biliknya dan menjemputnya menyertai parti.

"Apa yang kamu mahu? Berapa banyak?" Drake kata Trump bertanya kepadanya.

Selepas beliau menolak, Drake menerima satu lagi panggilan sama ada daripada Trump atau lelaki lain menawarkan bayaran AS$10,000 dan menggunakan pesawat peribadi hartawan itu untuk ke Los Angeles jika Drake menerima tawaran itu. - Agensi

Berita Harian X