Isnin, 24 Oktober 2016 | 4:26pm

Melaka terus catat bajet lebihan


SERDANG 07 OGOS 2019. Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2019 di Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Serdang. NSTP/AZHAR RAMLI

AYER KEROH: Kerajaan Melaka, hari ini membentangkan Bajet 2017, membabitkan peruntukan RM348.78 juta dengan lebihan RM240,000, sekali gus mencatatkan bajet lebihan ke-13 berturut-turut sejak tahun 2005.

Ia merangkumi perbelanjaan mengurus berjumlah RM339.3 juta dan perbelanjaan tanggungan sebanyak RM9.47 juta dengan kutipan hasil dianggarkan RM349 juta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata antara penyumbang hasil adalah cukai tanah, perkhidmatan dan sewaan berjumlah RM136.6 juta, hasil bukan cukai (RM154.2 juta) dan terimaan bukan hasil (RM58 juta).

Ini bermakna, kutipan hasil menokok RM21.7 juta atau 6.6 peratus, berbanding anggaran kutipan tahun ini.

"Bagi anggaran mengurus, sejumlah RM105.64 juta bagi perbelanjaan emolumen diikuti RM144.62 juta (perkhidmatan dan bekalan), RM3.5 juta (pembelian aset), RM42.86 juta (caruman Kumpulan Wang Pembangunan Negeri), manakala pelbagai pemberian dan kenaan bayaran tetap berjumlah RM24.4 juta adalah untuk sumbangan bayaran gaji kepada agensi, anak syarikat dan lain-lain.

"Bajet 2017 menunjukkan Melaka terus berusaha memperkukuhkan kewangan dan ekonomi negeri serta keperluan rakyat, sambil menguatkuasakan perbelanjaan yang berhemah," katanya ketika membentangkan Bajet Melaka 2017 bertemakan 'Menjana Pembangunan, Mensejahterakan Rakyat' pada persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-13, hari ini.

Idris berkata, seiring dengan tema tahun hadapan, kerajaan negeri meningkatkan lagi bajet pembangunan kepada RM60 juta, berbanding RM55 juta pada tahun ini bagi membiayai projek pembangunan.

Berita Harian X