Selasa, 25 Oktober 2016 | 4:32pm

Kebakaran HSA: Neeramala periang, sangat baik - Rakan


ANGGOTA bomba membuat pemeriksaan di dalam Unit Rawatan Rapi ( ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru. - Foto Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: "Tidak sangka rakan saya antara yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi," kata M Arumugam, 20.

Katanya, beliau tidak menyangka rakan sekerjanya, C Neeramala Devi, 24, antara yang terbabit dalam kejadian berkenaan. 

Katanya, kali terakhir dia berjumpa mangsa ialah pada Ahad lalu di tempat kerja mereka di Woodlands, Singapura dan ketika itu, Neeramala Devi mengadu kurang sihat dan badannya lemah. 

"Bagaimanapun, semalam mangsa tidak datang ke tempat kerja seperti kebiasaan dan kami juga tidak tahu apa yang terjadi kepadanya sebelum dimaklumkan oleh adiknya bahawa Neeramala Devi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA. 

"Kira-kira jam 10 pagi tadi, ketika bersiap mahu ke tempat kerja di Singapura, saya menerima panggilan seorang rakan memaklumkan Neermala Dewi sudah meninggal dunia. 

"Saya bersama rakan lain kemudian datang ke HSA dan kami sememangnya amat rapat dengan mendiang," katanya ketika ditemui di luar perkarangan Bilik Mayat HSA di sini, sebentar tadi.

24 dibaca
Berita Harian X