Selasa, 25 Oktober 2016 | 5:06pm
Tangki tenaga gas asli (NGV) di sebuah stesen minyak di Austin Height, Mount Austin, Johor Bahru meletup menyebabkan seorang lelaki maut.
Tangki tenaga gas asli (NGV) di sebuah stesen minyak di Austin Height, Mount Austin, Johor Bahru meletup menyebabkan seorang lelaki maut.

Tangki NGV stesen minyak meletup, seorang maut

Tangki tenaga gas asli (NGV) di sebuah stesen minyak di Austin Height, Mount Austin, Johor Bahru meletup menyebabkan seorang lelaki maut.
Tangki tenaga gas asli (NGV) di sebuah stesen minyak di Austin Height, Mount Austin, Johor Bahru meletup menyebabkan seorang lelaki maut.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut selepas tangki tenaga gas asli (NGV) di sebuah stesen minyak di Austin Height, Mount Austin, dekat sini, meletup.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dipercayai pekerja kontraktor pembaikan pam maut selepas tangki tenaga gas asli (NGV) di sebuah stesen minyak di Austin Height, Mount Austin dekat sini, meletup dalam kejadian petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang tadi, mangsa Mohd Faizal Mazlan, 33, maut di tempat kejadian akibat letupan tangki NGV itu.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Mohamad Riduan Akhyar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.55 petang.

"Lima anggota diketuai pegawai operasi Syed Nasir Syed Abu Bakar dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya bergegas ke lokasi kejadian dengan bantuan enam anggota dari BBP Tebrau dan empat anggota BBP Pasir Gudang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan kejadian letupan tangki NGV dan kebakaran di HSA ada kaitan unsur jenayah.

"Kita ni kalau bertanya terlampau sensitif... memang tiada kaitan (dua kejadian ini) dan saya juga akan melawat (lokasi letupan NGV). Ini kemungkinan kecuaian yang berlaku di situ...tiada kaitan langsung," katanya.

Berita Harian X