Selasa, 25 Oktober 2016 | 8:36pm

Hasrat bapa hantar anak ke hospital swasta tak kesampaian


MAYAT Choo Lin Fong dituntut ahli keluarga dan akan dibawa balik ke Tampoi di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru . - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk memindahkan anaknya ke hospital swasta tidak kesampaian apabila anaknya terkorban dalam kejadian kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, pagi tadi.

Anaknya, Cho Lin Feng, 30, dimasukan ke ICU HSA sejak minggu lalu kerana masalah kesukaran bernafas akibat penyakit lelah.

Beliau yang enggan dikenali berkata, anaknya sudah 11 hari berada di HSA dan beberapa hari lalu dipindahkan ke wad ICU disebabkan penyakit lelah yang dihadapinya.

"Kami sekeluarga memang bercadang untuk membawanya ke hospital swasta bagi meneruskan rawatan, namun tidak sangka dia akan meninggalkan kami selama-lamanya," katanya yang memaklumkan Lin Feng masih belum berkahwin.

Katanya, beliau dan seorang lagi anak lelakinya bergegas ke HSA kira-kira jam 10 pagi tadi selepas mendapat panggilan daripada pihak HSA.

"Apabila tiba di pekarangan HSA, saya diberitahu anak saya antara yang meninggal dunia dalam kejadian itu," katanya.

45 dibaca
Berita Harian X