Selasa, 25 Oktober 2016 | 8:37pm
PENGERUSI Ecoworld Foundation, Tan Sri Lee Lam Thye (berdiri tiga kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ecoworld Foundation, Datuk Liew Siong Sing (berdiri kanan) serta Pengetua SMK Seri Permata, Datin Jamilah Yusop bermesra bersama pelajar pada majlis Penyerahan Sumbangan 15 buah komputer riba daripada Ecoworld Foundation kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Permata, Kelana Jaya. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Yayasan ECO World serah 15 komputer riba

PETALING JAYA: Yayasan Eco World menyerahkan 15 unit komputer riba bernilai RM18,000 menerusi Program Bantuan Pelajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Permata, di sini, hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye kepada Pengetua SMK Sri Permata, Datin Jamilah Yusop.

Lam Thye berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada program yayasan bagi meningkatkan kemudahan di sekolah rendah dan menengah terpilih.

"Sejak ditubuhkan pada Mei 2014, yayasan sudah menyampaikan sumbangan bernilai RM321,000 bagi membantu sekolah dengan menyediakan kemudahan asas untuk kegunaan pelajar seperti kerusi, meja dan komputer.

"Pihak kami berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar bagi meningkatkan kemahiran teknologi maklumat bersesuaian dengan era digital ketika ini," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan tajaan komputer riba itu.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Eco World, Kapten (Bersara) Datuk Liew Siong Sing; Pengetua SMK Sri Permata, Datin Jamilah Yusop serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sri Permata, Jimmy Lim.

Yayasan Eco World adalah badan amal yang ditubuhkan oleh Eco World Development Group Berhad, dengan memberi keutamaan kepada agenda pendidikan menerusi Program Bantuan Pelajar.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X