Selasa, 25 Oktober 2016 | 9:26pm

Isuzu D-Max diperbaharui sasar segmen gaya hidup

KUALA LUMPUR: Isuzu Malaysia sebentar tadi melancarkan barisan trak pikap D-Max yang diperbaharui.

Pilihan lapan model dalam tiga varian yang berbeza iaitu Standard, Premium dan Z-Prestige itu, membabitkan pengubahsuaian besar pertama sejak D-Max diperkenalkan pada 2013.

Varian yang diperbaharui itu dilengkapi penambahbaikan ketara di bahagian luaran dan dalaman.

Bagaimanapun, pilihan powertrain enjin diesel VGS turbo Intercooler 2.5 atau 3.0-liter yang dipadankan dengan transmisi automatik atau manual lima kelajuan dikekalkan kerana ia terbukti dari segi kebolehpercayaan, prestasi dan ekonomi.

Harga atas jalan, termasuk GST, cukai jalan dan insurans ialah daripada RM83,000 bagi D-Max 2.5L Standard transmisi manual hingga kepada RM128,000 bagi D-Max 3.0L Z-Prestige transmisi automatik, iaitu yang terbaik dalam kelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kenji Matsuoka, berkata barisan D-Max yang diperbaharui itu akan membolehkan syarikat itu memenuhi keperluan lebih ramai pelanggan.

"D-Max sudah menjadi pilihan mereka yang mahukan kenderaan kerja yang boleh diharap, tahan lasak dan ekonomi," katanya pada majlis pelancaran model trak pikap itu, di sini.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.isuzu.net.my/home

INFO

Harga bagi D-Max baharu di Semenanjung

Z-Prestige

3.0L 4×4 Automatic - RM128,052.12

2.5L 4×4 Automatic - RM120,064.00

Premium

3.0L 4×4 Manual - RM113,063.72

2.5L 4×4 Manual - RM103,405.04

Standard

3.0L 4×4 Automatic -RM115,690.40

2.5L 4×4 Automatic - RM107,596.28

2.5L 4×4 Manual - RM93.006.44

2.5L 4×2 Manual - Hi-Ride - RM82,978.84

Berita Harian X