Sabtu, 29 November 2014 | 9:32pm
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa seorang warga emas yang ditemui mati di kediamannya di Taman Seri Pagi, Senawang hari ini. - Foto Hazreen Mohamad

Warga emas maut bergelut dengan cucu saudara


ANGGOTA forensik menyiasat kes warga emas ditemui mati di kediamannya di Taman Seri Pagi, Senawang hari ini. - Foto Hazreen Mohamad

SEREMBAN: Seorang warga emas maut selepas dipercayai terbabit dalam pertengkaran dengan cucu saudaranya di Senawang di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.30 petang di Taman Seri Pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an, dipercayai turut terbabit dalam pergelutan dengan suspek berusia 21 tahun itu.

Mangsa sebelum itu dipercayai cuba meleraikan pergaduhan antara suspek dan ibunya di dalam rumah mereka.

Katanya, suspek yang bekerja di ibu negara, melarikan diri menaiki motosikal selepas kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya masih menyiasat lanjut termasuk punca kematian mangsa.

23 dibaca
Berita Harian X