Rabu, 26 Oktober 2016 | 2:03pm

Bursa Malaysia akhiri sesi pagi rendah hari ini

Sumber bursamalaysia.com
Sumber bursamalaysia.com

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah bagi sesi pagi hari ini, diterajui kejatuhan dalam saham mewah terpilih, kata peniaga.

Pada rehat tengah, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.16 mata atau 0.19 peratus kepada 1,674.27, selepas bergerak antara 1,673.50 dan 1,677.50 sepanjang sesi itu.

Indeks itu dibuka 2.26 mata lebih rendah kepada 1,675.17.

Pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 419 berbanding 234, 354 kaunter tidak berubah, 672 tidak didagangkan dan 67 digantung.

Jumlah dagangan harian berada pada paras 704.72 juta saham bernilai RM708.71 juta.

Di kalangan kaunter rugi adalah BAT, jatuh RM1.04 kepada RM48.20, Panasonic mencatatkan 40 sen lebih rendah kepada RM37.10 dan Shangri-La Hotels merosot 17 sen kepada RM5.24.

Di kalangan saham mewah, TNB jatuh empat sen kepada RM14.32, Petronas Chemicals merosot dua sen kepada RM6.97 dan IHH Healthcare susut lima sen kepada RM6.39.

Maybank naik tiga sen kepada RM7.93, Nestle meningkat 20 sen kepada RM78.40 dan FGV melonjak sembilan sen kepada RM2.25.

Indeks FBM Emas jatuh 19.20 mata kepada 11,810.81, Indeks FBM Ace merosot 25.79 mata kepada 5,146.50 dan Indeks FBM Emas Syariah 15.54 mata lebih rendah kepada 12,414.22.

Indeks FBMT100 jatuh 18.50 mata kepada 11,510.73 dan Indeks FBM 70 merosot 10.49 mata kepada 13,777.24.

Dari segi sektor, Indeks Kewangan jatuh 22.78 mata kepada 14,547.68, Indeks Perindustrian susut 6.97 mata kepada 3,150.77 dan Indeks Perladangan meningkat 34.08 mata kepada 7,959.07. - BERNAMA

Berita Harian X