Khamis, 27 Oktober 2016 | 10:00am

Rock jangan tak rock! Jom sertai Kuiz Rock Bro! - BH untuk tiket percuma!

KUALA LUMPUR: Istimewa buat pengikut Facebook BH Online, akhbar BH dan penerbit filem Rock Bro!, Grand Brilliance Sdn Bhd menganjurkan Kuiz Rock Bro! - BH sempena tayangan filem ini.

Menyediakan dua soalan mudah, pembaca hanya perlu menghantar jawapan betul melalui kolum 'komen' bagi mendapat dua tiket menonton filem Rock Bro! arahan Mamat Khalid ini.

Sebanyak lima status berhubung Kuiz Rock Bro! - BH dimuat naik sejak Isnin lalu hingga esok. Apa yang perlu dilakukan pengikut FB BH Online adalah menunggu posting ini dikongsi setiap hari.

Penganjur menyediakan 200 tiket menonton filem Rock Bro! kepada pengikut FB BH Online yang bertuah.

Jadi, usah berlengah lagi, sila kemukakan jawapan anda segera bagi mendapatkan tiket menonton filem yang bakal menggamatkan pawagam ini.

Peraduan Rock Bro! - BH dianjurkan mulai Isnin lalu hingga esok. Pemenang akan dihubungi penganjur melalui Facebook masing-masing.

Rock jangan tak rock!

Soalan

1. Berikan nama pelakon wanita yang digambarkan memegang watak Ratu Rock Ella dalam filem Rock Bro!

2. Laman Facebook Berita Harian Online mencatat sejarah mengumpul jumlah 'likes' tertinggi. Berapa jumlah 'likes' yang direkodkan?

KUIZ Rock Bro! dalam www.facebook.com/bhonline
Berita Harian X