Ahad, 30 Oktober 2016 | 3:12pm
KEADAAN banjir kilat yang berlaku turut melibatkan Sekolah Menengah Agama Tasek Junjung, Simpang Ampat di sini. Banjir kilat yang mula berlaku petang Sabtu menyebabkan beberapa kawasan terlibat termasuk di sekitar bandaraya Georgetwon. - Foto Ishan Pembaca
KEADAAN banjir kilat yang berlaku turut melibatkan Sekolah Menengah Agama Tasek Junjung, Simpang Ampat di sini. Banjir kilat yang mula berlaku petang Sabtu menyebabkan beberapa kawasan terlibat termasuk di sekitar bandaraya Georgetwon. - Foto Ishan Pembaca

Limpahan Empangan Air Itam bukan punca banjir

KESAN tanah lumpur selepas berlaku banjur kilat di Jalan P. Ramlee, Georgetown, di sini. - Foto Mikail Ong
KESAN tanah lumpur selepas berlaku banjur kilat di Jalan P. Ramlee, Georgetown, di sini. - Foto Mikail Ong

GEORGETOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menafikan dakwaan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di negeri ini semalam, berpunca daripada limpahan Empangan Air Itam.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Jaseni Maidinsa, berkata limpahan 12 milimeter (mm) dari empangan itu tidak menyumbang kepada banjir kilat di beberapa kawasan di negeri ini semalam.

"Banjir kilat ini berpunca daripada hujan berterusan dan bukannya limpahan air dari Empangan Air Itam yang berlaku jam 7.10 malam tadi.

"Malah, hujan lebat turut menyebabkan runtuhan tanah di kawasan berhampiran Kuil Kek Lok Si, Air Itam, yang menghubungkan jalan ke empangan berkenaan.

"Bagaimanapun, PBAPP dan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri giat menjalankan kerja pembersihan serpihan runtuhan terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, kerajaan DAP Pulau Pinang sekali lagi menyalahkan Kerajaan Pusat susulan banjir kilat semalam.

EXCO Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow, berkata kejadian didakwa berpunca daripada kegagalan Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan untuk projek tebatan banjir fasa kedua.

Susulan itu, katanya, kerajaan negeri terpaksa menghentikan seketika projek tebatan banjir hingga mendapat peruntukan RM350 juta daripada Kerajaan Pusat.

"Peruntukan ini diperlukan bagi menangani masalah banjir di lembangan Sungai Pinang kerana aliran air di kawasan itu membabitkan banyak lokasi termasuk Paya Terubong, Bandar Baru Air Itam, Jalan Air Itam, Jalan Lumba Kuda, Jelutong, Jalan P Ramlee, Jalan Datuk Keramat dan Jalan Sungai Pinang," katanya.

Berita Harian X