Isnin, 31 Oktober 2016 | 8:33am

Lebih 40 pesawat dilencongkan dari DXB disebabkan dron

RUANG udara sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) ditutup sementara berikutan pihak berkuasa mengesan aktiviti dron. - Foto AP

DUBAI: Lebih 40 penerbangan yang dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) terpaksa dilencongkan kelmarin selepas pihak berkuasa mengesan aktiviti dron.

Lapangan terbang berkenaan terpaksa ditutup dari jam 7.25 malam hingga 8.45 malam berikutan sebuah dron yang berlegar-legar sekitar Al Warga.

Langkah itu mengakibatkan sebahagian penerbangan terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum (DWC) di Dubai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Al Ain.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GCAC), dron tidak dibenarkan dalam lingkungan jarak lima kilometer dari pagar luar sebarang lapangan terbang di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kejadian kelmarin adalah yang ketiga seumpamanya. - Agensi

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X